Isnin, 30 Ogos 2010

PENGENALAN LOBSTER AIR TAWAR


LOBSTER AIR TAWAR

PENGENALAN


Lobster air tawar, “crayfish”, atau “crawdads” adalah ahli Superfamilies “Astacoidea” dan “Parastacoidea” yang merupakan krustasea air tawar yang menyerupai lobster kecil. Mereka bernafas melalui insang-insang seperti bulu dan dijumpai dalam kawasan air yang tidak membeku ke bawah, mereka juga banyak ditemui di Brooks, anak-anak sungai dan sungai-sungai di mana ada air bersih yang mengalir dan yang mempunyai tempat perlindungan seperti batu-batu atau reba-reba yang digunakan untuk berlindung dari pemangsa. Sebahagian besar lobster air tawar tidak boleh hidup dalam air tercemar, walaupun beberapa spesies seperti Procambarus clarkii lebih lasak dan tinggi daya tahan terhadap air yang tercemar. Makanan lobster air tawar adalah terdiri dari sumber haiwan atau tumbuhan kerana mereka bersifat omnivor.


Di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, istilah “crayfish” atau “Cray” umumnya merujuk kepada lobster berduri yang hidup di laut, dari genus “Jasus” yang biasanya banyak terdapat di Oceania selatan, sedangkan spesies air tawar biasanya disebut “yabby” atau “koura”, dari bahasa panggilan orang-orang asli Australia dan Māori New Zealand. Pengkajian dalam bidang lobster air tawar atau crayfish dikenali sebagai “astacology”.


NAMA


Nama “crayfish” berasal dari kata “escrevisse” dalam bahasa Perancis Lama (Modern Perancis adalah “écrevisse”) yang juga dari maksud bahasa Old Frank “ krebitja” (ketam), dari kata akar yang sama maksud dengan merangkak. Perkataan “fish” telah ditambah pada ayat “cray” untuk menunjukkan panggilan masyarakat tempatan yang mengaitkannya sebagai sejenis ikan.

Di Amerika Syarikat, panggilan “crawdad” juga menunjukkan panggilan kepada lobster air tawar.
Beberapa jenis lobster air tawar dikenali juga secara tempatan sebagai lobster, crawdads, mudbugs, dan yabbies. Di Amerika Syarikat Timur, “crayfish” lebih umum dipakai, begitu juga di utara, sementara “crawdad” adalah panggilan penduduk-penduduk di daerah tengah dan barat, dan di selatan lobster air tawar lebih dikenali sebagai “crawfish”.

ANATOMI

Tubuh “decapods crustasea” atau krustasia berkaki sepuluh, seperti ketam, lobster, atau udang, terdiri daripada sembilan belas segmen tubuh dikelompokkan menjadi dua bahagian tubuh utama iaitu “cephalothorax” dan “abdomen”. Setiap segmen mungkin mempunyai sepasang kaki pelengkap, walaupun dalam pelbagai kumpulan tersebut dapatmungkin kakinpelengkap akan dikurangkan atau hilang. Rata-rata, lobster air tawar membesar sehingga 17.5 cm (6.9 inci) panjang, tetapi beberapa spesis lain boleh membesar lebih besar dan seberat 5kg.